Membina Asas Islam Kukuh Untuk Masa Kini dan Masa Hadapan

Seorang muslim yang berperibadi mulia, berdaya kreatif dan berdaya tahan 

MATLAMAT
Melahirkan hamba Allah yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 
Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin. Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan ceria.
VISI DAN MISI
1. Menyediakan Pendidikan Islam yang berkualiti yang berkonsepkan Tarbiyyah Islamiyyah yang menyentuh aspek kehidupan secara menyeluruh sama ada dari segi rohani, fizikal dan intelek.
2. Menyediakan dan membentuk asas yang kukuh kepada pelajar dalam melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia, kreatif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa.
3. Menyediakan suasana pembelajaran berkonsep Islamik yang membantu pelajar menyerlahkan potensi diri untuk menjadi muslim yang cemerlang dan ummah yang berwawasan.

Kurikulum TKIS

Kurikulum di TKIS adalah berpandukan subjek KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk mata pelajaran akademik dan mematuhi garis panduan JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor) dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk mata pelajaran deeniyah.

Membina Karakter

Kami percaya bahawa pembelajaran harus melangkaui dinding bilik darjah. Program pembelajaran berasaskan pengalaman kami termasuk projek khidmat masyarakat, aktiviti sukan, kelab kokurikulum, lawatan dan aktiviti menarik lain yang memupuk minat belajar dan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran.

Sistem Sokongan

Kami bertuah kerana mempunyai komuniti lengkap yang terdiri daripada pendidik yang berdedikasi, pelajar yang bersemangat, dan ibu bapa yang sentiasa menyokong. Kami percaya bahawa sekolah kecil yang berjiwa besar ini dapat menyediakan persekitaran yang baik untuk pelajar kami membina asas jati diri yang kukuh dan menyerlahkan potensi.

Nisbah 1:16

Kami yakin bahawa jumlah pelajar yang kecil dalam sesebuah kelas adalah penting untuk mecapai matlamat belajar yang sebenar. Nisbah 1:15 pelajar-guru kami memastikan setiap pelajar menerima perhatian dan sokongan yang mereka perlukan dalam proses pembelajaran yang berkualiti.


Majlis Ihtifal TKIS

Sports Day TKIS

Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti Sekolah



Yuran Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2027

Learn More  

  • No. 2, Jalan Camar 2, Taman Perling, Johor Bahru, Johor, Malaysia

REGISTER TODAY
DON'T WAIT ANY LONGER